Assalamualaikum...
Sahabat semua sihat ke???
Saya memohon pada ilahi agar kita semua sihat-sihat dalam kenikmatan islam dan iman supaya kite semua dapat mewar-warkan risalah islam kepada orang di sekeliling kita.
Sahabat ibarat cahaya matahari menyinari. Sahabat umpama pewangi yang mengharumkan. Sahabat umpama pelangi. Sahabat umpama bintang walaupun jauh tapi tetap bersinar. Sahabat ibarat cermin, kalau kita memerhatikan cermin yang baik dan jernih, ianya akan memberikan bayangan yang sesuai dengan apa yang dicerminkan. Begitu banyak perumpamaan bagi sahabat.
Sahabat atau kawan? apa perbezaan sahabat dan kawan? gambar di atas sudah merungkaikan apa itu sahabat. Selama kamu semua hidup hingga kini, adakah kamu pernah dengar statement menyatakan "kadang-kadang sahabat ini boleh jadi musuh" ? tak pernah kan? tetapi kamu selalu dengar statement ini, " kadang-kadang kawan itu boleh jadi musuh". Betul tak? Sebaik-baik sahabat yang dapat membawa kita ke syurga bukan ke neraka.
"Teman-teman karib pada hari itu saling bermusuhan antara satu sama lain kecuali mereka yang bertakwa", surah Az-zukhruf ayat ke-67. Dalam bersahabat perkara yang paling penting adalah takwa. Kerana takwanya, kita mencintai sahabat kita. Sebab sahabat yang bertakwa akan gembira melihat perubahan sahabat daripada baik ke lebih baik. Tetapi seorang kawan akan merasai perubahan kawannya ke arah yang baik yakni mendekati Allah seperti dirinya dicucuk duri. Sakit melihat perubahan kawannya.
Sahabat yang baik sentiasa mendokong serta menyokong sahabatnya dalam perjuangan islam serta dalam menyebarkan dakwah. Bukan mengejek sahabatnya berdakwah kerana semangatnya akan mudah akan luhur. Sebab iman kita kadang-kadang high tapi kadang-kadang down. Biarlah kita menjadi sahabat yang sentiasa menyokongnya dalam berdakwah untuk menyambung rantai-rantai perjuangan sahabat-sahabat zaman Rasulullah S.A.W.
Allah juga menghadirkan insan-insan baik di sekeliling kita, mungkin kerana mereka merupakan wasilah buat diri kita untuk terus kekal dalam kebaikan. Insan itu adalah sahabat. Seorang yang mencintai sahabatnya kerana Allah S.W.T, dia akan menegur kesilapan dan menasihati sahabatnya. Sebab apa. Sebab dia tak nak sahabatnya dikacau dengan dosa. Indah betul persahabatan dalam kehidupan andai ditunjangi oleh iman dan takwa. Marilah bersama-sama kita mencari sahabat sentiasa ada bersama kita disaat kita susah atau senang, suka atau duka, sedih atau gembira dan hidup ataupun mati. Bersahabat hingga ke syurga.
Alhamdulillah...semoga tajuk yang disentuh oleh saya memberi manfaat kepada sahabat-sahabat di luar sana. Sekian. Assalam. :)
No comments:
Post a Comment