Saturday, 30 March 2013

Aku ingin berubah! (2)


         Kehidupanku di Universiti umpama rusa masuk kampung. Aku tidak tahu apa yang perlu aku lakukan di sini memandangkan aku ini budak baru. Aku kena pandai berdikari. Yusuf!kau boleh buat. Aku membakar semangat dalam diriku ini agar cekal dan tabah di sini. Insyaallah Allah akan membantuku.

          Ketika aku duduk termenung di jendela tingkap bilikku. Aku terlihat telatah anak-anak muda yang sedang leka bergurau-senda yang bercampur antara lelaki dan perempuan tanpa mereka sedari tingkahlakunya dimata-matakan olehku. Saidina Umar Al-Khattab pernah berkata, "Barangsiapa menempatkan dirinya di tempat yang menimbulkan persangkaan maka janganlah menyesal kalau orang  menyangka buruk padanya". Keadaan mereka yang bercampuran antara lelaki dan perempuan akan menimbulkan sangkaan buruk orang lain terhadap mereka. Islam tak melarang kita bergurau-senda atau ketawa tetapi biarlah berpada-pada, ada hadnya dan ada batasnya.

             Dengan melihat telatah mereka, aku masih terngianga-ngianga kedengaran masa silamku semasa aku remaja di alam persekolahan. Hidupku penuh dengan keseronokan dan dosa yang menutup hatiku untuk makrifatullah dan mencari erti kehidupan yang sebenar. Aku dipenuhi dengan perempuan-perempuan bukan halal untukku yang ingin mendekatiku kerana harta dan rupa parasku. Aku merupakan anak orang berada, apa yang aku minta dan inginkan pasti kemahuanku tercapai disebabkan oleh kekayaan ayahku.

              Biarlah kisah silam yang pahit itu berlalu dan menjadi nostalgia serta panduan bagi diriku untuk berubah. "Ya Allah, aku ingin berubah. Jauhi aku daripada sifat yang jahil dan dekatkan aku dengan sifat yang mulia disisiMu. Ya Allah, kau berikanlah aku sahabat dan teman hidup yang dapat membawa serta membimbingku ke jalan yang diredhaiMu. Ya Allah, Kau ampunkan dosa-dosaku yang terdahulu, kini dan akan datang. Sesungguhnya dosa-dosaku yang terdahulu begitu banyak terhadapMu, dengan itu aku memohon keampunan dariMu agar Kau hapuskanku. Sesungguhnya Kau Maha Pengampun Ya Allah". Doa inilah yang sering aku lafazkan dan luahkan tatkala aku bersua dan bersujud dengan penciptaku.

Wahai tuhan,ku tak layak ke syurgaMu
namun tak pula aku sanggup ke nerakaMu
ampunkan dosaku terimakan taubatku
sesungguhnya Kau lah pengampun dosa-dosa besar
dosa-dosaku bagaikan pepasir di pantai
Ampunkankan daku oh tuhanku

                Inilah lagu yang menjadi dendanganku tatkala aku teringat dan terkenang kembali akan dosa-dosaku yang lampau. Saat aku lagukan lirik ini, disaat itulah air mataku jatuh berlinangan di pipiku. Aku sedih jika Allah tidak mahu menerima taubatku, aku sedih jika Allah murka kepadaku. Ya allah, Kau ampunkanlah dosaku. Aku ingin berubah keranaMu. Aku ingin berubah kerana aku takut kepadaMu. Aku ingin berubah kerana aku cintakan KekasihMu. Ya Allah, aku ingin berubah.

            Yusuf! jom pergi kelas. Dah lewat ini. Sahabatku memanggilku. Walaupun baru aku kenal sahabatku yang bernama Zulkifli tetapi aku merasakan seperti sudah lama aku mengenalinya. Aku suka akan akhlaknya yang menghormati orang, tidak pernah marah dan percakapan yang lembut. Inilah permulaan bagi aku untuk berubah iaitu bersahabat dengan orang yang baik-baik sahaja. Semoga aku istiqomah selalu. Amin



Bersambung.............

                     

No comments:

Post a Comment