Thursday 25 July 2013

Khutbah Terakhir Nabi Muhammad S.A.W

Khutbah terakhir Nabi Muhammad ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah tahun 10 Hijriyyah di Lembah Uranah, Gunung Arafah...

Wahai manusia, dengarkanlah baik-baik apa yang hendak aku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarkanlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.
Wahai manusia sepertimana kamu menganggap bulan ini, dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang muslim sebagai amanah yang suci, kembalikanlah harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak, janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu pula, ingatlah sesungguhnya kamu akan menemui tuhan kamu, dan Dia pasti akan memnuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mula sekarang.
Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agam kamu, Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara yang kecil.
Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka memyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan makanan dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang tidak kamu sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan dan tunaikanlah zakat dan harta kekayaan kamu, kerjakanlah ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah setiap muslim adalah saudara kepada muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorangpun lebih mulia dan yang lainnya kecuali dalam taqwa dan beramal soleh.
Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan di atas apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya, itulah Al-quran dan sunnahku.
Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku menyampaikannya pula kepada orang lain dan hendaklah orang lain itu menyampaikannya pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang mendengar terus dariku. Saksikanlah ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMu.

 
 
 




Sunday 21 July 2013

Ramadhan sudah tiba!

Assalamualaikum....

Alhamdulillah umur kita masih dipanjangkan hingga hari ini kerana dapat lagi kita merasai nikmat di bulan Ramadhan iaitu bulan yang penuh dengan keberkatan yang amat ditunggu-tunggukan oleh umat islam di seluruh dunia...

Hari ini sudah mencecah 13 ramadhan, sudah hampir setengah bulan kita menjalani ibadat puasa di bulan ramadhan...sekejap je rasa! masih ada baki 16 hari lagi bulan ramadhan pada tahun ini...kerinduaan akan kembali membuak apabila tamatnya bulan ramadhan tahun ini dan menunggu bulan ramadhan akan datang...

Di bulan ramadhan bukan sekadar berpuasa di siang hari sahaja tetapi berpuasa di siang dan di malam hari juga...kenapa saya cakap macam itu?sebabnya istilah puasa kita sendiri maklum iaitu menahan lapar,dahaga dan nafsu...jika di malam hari nafsu kita melampau, adakah itu puasa?!

Di bulan ramadhan juga mewujudkan kesamarataaan antara umat islam...kenapa saya cakap begitu? sebabnya tidak kira manusia itu kaya atau miskin, dia dikehendaki berpuasa dibulan ramdhan...tidak ada perbezaan waktu berbuka kepada orang miskin atau orang kaya..
"sekarang sudah masuk waktu berbuka bagi orang-orang kaya sekitar kemaman-dungun"
Tidak ada sama sekali! itulah bulan ramadhan yang mana mewujudkan kesamarataan antara umat islam di seluruh dunia...perbezaan antara umat islam adalah ketakwaan dan keimanan kepada Allah S.W.T sahaja...tidak kira miskin ataupun  kaya...

Ingatlah kita semua, tidak ada membezakan kita semua melainkan iman dan takwa...bukan pangkat, kemewahan ataupun intelek tetapi hanyalah iman dan takwa!

Selamat menjalani bulan ramadhan al-mubarak...




Itulah kehidupan!

Assalamualaikum...

Hidup umpama permainan yang pemenangnya ada ganjaran yang bakal dia terima...itulah kehidupan di dunia dan di akhirat sana dia akan mendapat ganjarannya...tetapi untuk perolehi ganjaran tersebut terpaksa dengan rela dan ikhlas hati menempuhi dugaan dan cabaran dalam permainan tersebut....itulah kehidupan..jika dia berjaya menempuhi dugaan dan cabaran mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh tuan punya permainan maka dia adalah pemenang dan ganjaran itu adalah milik dia...itulah kehidupan....

Hidup ini umpama roda yang berputar...kadang-kadang kita di atas dan kadang-kadang kita di bawah...itulah kehidupan...bila kita di atas, kita akan bermegah diri akan kemewahan, pangkat dan keturunan kepada orang yang berada bawah kita...dan apabila kita dibawah, barulah kita merasai perasaan disaat kita menghina orang yang dibawah yang sekarang ini kita yang jajahi...apabila kita berada diatas, ingatlah disaat bila kita berada di bawah...itulah kehidupan....

Itulah kehidupan....inilah kehidupan....semua inilah kehidupan....ingatlah semua kehidupan ini hanyalah sementara yang mana kekal abadi adalah kehidupan di akhirat sana...jadi, jalankanlah kehidupan ini sebaik mungkin berlandaskan Al-quran(Allah S.W.T) dan Al-sunnah(Rasulullah S.A.W) sebagaimana dalam surah al-hujurat ayat 1 maksudnya "Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu mendahului Allah dan Rasul dalam membuat keputusan"....

Semoga kita menjalani kehidupan ini dengan penuh keimanan kepada pencipta kita iaitu Allah S.W.T....insyaallah..amin..