Thursday, 28 March 2013

Aku ingin berubah! (1)


       Tutt..tutt...ttttuuttt.. Silauan cahaya matahari telah mengetuk kelopak mataku. Aku terbangun dari lenaku. Kelihatan pintu jendela bilikku terbuka luas menyebabkan kehadirannya nur matahari yang mengganggu mataku. Aku melihat kejadian Allah dengan penuh penghayatan. Aku berfikir sejenak, apa erti hidupku di muka bumi ini. Adakah sekadar menghirup udara segar yang percuma tanpa bayaran atau sekadar makan dan minum sahaja. Itulah persoalan yang selalu bermain di dalam pemikiranku yang kudus ini. Dimakan dek masa, aku masih mencari jawapan bagi persoalan yang berpusing-pusing dalam mindaku ini.

        Aku teringat kata-kata ustaz di sekolahku dulu,"nie ustaz nak habaq mai, apabila hang semua ada masalah ataupon sedang menghadapi masalah. Hang semua kenalah kembali kepada tuan hang yang mencipta hang semua iaitu Al-khaliq (Allah S.W.T), hanya itu yang dapat menyelesaikan masalah hang semua” kata Ustaz Azhar menasihati kami semua dengan loghat kedahnya masih kedengaran dalam telingaku ini. Walaupon loghat kedahnya sukar untuk difahami tapi apa yang ingin disampaikan telah menusuk dalam kalbuku.
      
          Aku ingin berubah! Hatiku menjerit dengan sekuat hati walaupun tiada siapapun dapat mendengarnya. Aku tidak mahu mengikut jejak Mat Jenin yang malang itu, yang dikejar tidak dapat, yang dikendong berciciran. Aku tak mahu keinginanku yang mahu berubah kepada insan bersyukur akan nikmat diberi dan menjadi hambaNya yang bertakwa. Aku sering terdengar bahawa Allah S.W.T membuka pintu taubatNya seluas-luasnya untuk hambaNya. Allah masih membuka pintu taubat seluas langit dan bumi untuk hambaNya yang ingin kembali ke jalanNya walaupun hambaNya selalu melakukan kesilapan dan kekhilafan secara sembunyi atau terang-terangan. Rasulullah S.A.W juga berpesan dan menuntut umatnya untuk bertaubat,
"takutlah kamu kepada Allah di mana saja kamu berada dan susulilah keburukan dengan perbuatan kebaikan,pasti akan menghapuskannya"
        Rasulullah S.A.W sudah menegaskan bahawa satu kebaikan akan dilipat gandakan balasannya menjadi sepuluh kali dan satu kesalahan hanya dicatat satu sahaja. Namun, jika kita lihat waktu-waktu kita jalani sambil membuat dosa adalah lebih banyak daripada ganjaran yang kita raih. Allah Maha Pemurah dan Pengampun telah menyediakan taubat dan dengannya akan terhapus seluruh dosa-dosa sekiranya kita bertaubat dengan taubat nasuha (taubat yang sebenar-benarnya). Semoga Allah S.W.T menerima taubatku ini. Amin.

        Kini aku sudah ke menara gading untuk melanjutkan pelajaranku selepas tamat STPM. Alhamdulillah keputusan yang kucapai boleh dikatakan cemerlang. Aku kini diterima masuk ke Universiti Malaysia Pahang (UMP) walaupun UMP kurang dikenali oleh segenap masyarakat. Tetapi aku tetap bersyukur kerana dapat menuntut ilmu serta menambah pahala di sini. Insyaallah. Aku melihat kad pelajarku selepas dapat daripada pendaftaran tadi. Kad pelajarku tertulis namaku iaitu Yusuf Bin Abdul Hadi dan nombor ID iaitu MN11011. Alhamdulillah dan aku bersyukur kerana aku digelar mahasiswa.

Bersambung..........

         

        


         
      

No comments:

Post a Comment