Monday 27 April 2015

Kata.



Sering terlintas di benakku.
Kata-kata entah dari mana datangnya.
Kata-kata yang menusuk jantungku.
Kata-kata penuh seribu makna.

Sukar.
Sukar menadah cinta.
Sukar menagih kepercayaan.
Sukar memadah kata-kata.
Dan sukar berkata sukar.

Urmm.......

Satu kata sukar dilafazkan.
Satu kata sukar dituturkan.
Satu kata sukar diujarkan.
Satu kata sukar diucapkan.

Kata.

Sunday 26 April 2015

Kosong.








Merasakan hati ini kosong.
Kosong daripada segalanya.

Kosong.
Kuatkan aku.
Tabahkan aku.
Istiqomahkan aku.

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya"

Tuesday 14 April 2015

Hatiku berdebar!

Hari ini hatiku tiba-tiba berdebar dan takut apabila melihat satu video di dalam Facebook.
Video tersebut menunjukkan satu penemuan baru sebuah lubang api oleh penyelidik barat.
Ketika aku melihat video ini, terlahir satu perasaan yang tidak pernah aku rasai sebelum iaitu ketakutan.
Kenapa? apabila aku melihat video, teringat akan dosa-dosaku yang terdahulu.
Penemuan ini mungkin baru kepada orang barat tetapi bagi orang islam, ia adalah satu dinyatakan dalam Al-Quran mengenai neraka jahanam yang api lebih 70x lebih panas berbanding api di dunia.

Aku belum tentu akan ke syurga atau neraka. Mungkin aku ke neraka.
Apapun aku mengajak semua untuk kita kembali semula ke jalan yang sebenar dan jalan yang akan membawa kita ke redha ilahi.

  63:11

Maksud : Dan, Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang apabila sampai ajalnya; dan Allah amat mendalam pengetahuanNya mengenai segala kamu kerjakan
(Surah Al-Munafiqun Ayat 11)


Dalam ayat ini, Allah tidak akan sekali-kali melambatkan kematian seseorang itu walaupun kamu berada di hujung dunia atau berada di dalam bilik kebal yang boleh dibolosi mana-mana kuasa sekalipun. Tetapi kamu ingat! Allah Maha Berkuasa, Dia memiliki segala kekuasaan.

Jom kita pakat berubah. Masih belum terlambat dan bukan terlalu awal untuk berubah. Jangan biarkan hati dan perasaan kamu dihasut oleh syaitan. 


Thursday 5 February 2015

Bersedialah kamu Sang Pejuang Islam



Menanti hari disaat amanah bertukar tangan.
Belum tentu amanah akan berakhir.
Mungkin ada amanah ynag lain bakal tiba.
Bersedialah kamu sang pejuang Islam.

Sujudlah memohon kekuatan.
Mungkin amanah yang bakal kamu pikul lebih berat.
Bersedialah kamu sang pejuang Islam.

Pujuklah hatimu dikala mehnah menyapa kamu.
Kerna mehnah diluar sana tidak mudah bagimu.
Bersedialah kamu sang pejuang Islam.

Bersedialah kamu
Wahai sang pejuang Islam.

Friday 16 January 2015

Ceritaku

Tidak bererti semua cinta adalah duka
Tidak bererti semua cinta adalah kecewa

Hanya Cinta ilahi
yang tiada duka dan kecewa.

Ya Allah... kuatkan diriku ini
Engkau telah aturkan segala
Tunjuki daku penandaMu
Agar aku tahu itu adalah ketentuanku.

Jika ini pengakhiran bagiku
Tunjukilah Ya Allah

Jika ini permulaan bagiku dengannya
Engkau nyatakanlah ya Allah

Dikala Nabi Muhammad kesedihan
Adanya Engkau dan Aisyah disisinya

Dikala Nabi Adam dicampak ke bumi
Adanya Hawa menemaninya

Begitu juga aku
Aku memerlukan seseorang
seseorang yang bisa menemani aku
dikala aku kesedihan dan kegembiraan

Jika kematian akan menerpaku
cukuplah Kamu bagiku Ya Allah

#BertemuBerpisahKeranaAllah


Thursday 15 January 2015

Jodoh itu Rahsia Allah


Jangan kita sedih bila jodoh kita bukan dengannya.
Sebab perkara yang berlaku ada hikmahnya
Sama ada dia adalah jodoh kamu untuk kemudian hari.
Siapalah kita untuk mengetahui semua itu.
Hanya Dia yang maha mengetahui segalanya.

Kadang-kadang Allah menurunkan hujan
ribut.. petir... guruh..
kita tertanya-tanya dan mempersoalkan setiap sunatullah yang berlaku
Selepas itu, Allah menciptakan pelangi yang indah dan cantik.

Allah hendak menguji dengan perkara yang kita tidak suka.
Lama kelamaan
Allah berikan sesuatu yang dijangka untuk kita.
Jodoh itu adalah rahsia Allah.

Jodoh pasti ada untuk kita
Sama ada sempat atau tidak sempat untuk kita
Yang pasti kematian sentiasa rapat dan menunggu kita.











Walaupun dua kali sudah aku mencuba, mungkin tidak mungkin ya jodohku dengannya.
Akan tetapi yang lebih aku bahagia, semoga dia memperolehi seseorang yang lebih baik dan soleh berbanding aku. Sebab dia adalah seorang muslimah yang baik. Cukuplah aku menjadi sahabat yang baik untuknya jika dia bukan jodohku.

Tuesday 6 January 2015

Tempat Rehat Hakiki

Letih...

Letih...

Letih...

Letih....

Kadang rasa diri ini sangat letih dalam meneruskan kehidupan ini.

Kadang rasa diri ini sangat letih dalam menunaikan amanah yang Allah berikan.

Kadang rasa diri ini sangat letih dengan karenah penghuni di dunia ini.

Tetapi keletihan ini apalah sangat yang ingin dibandingkan dengan keletihan Nabi kita, para sahabat dan juga ulama terdahulu dalam menggerakkan dakwah Islam.

Keletihan di dunia hanya sementara bagi seorang insan yang bergelar hamba.

Pasti kita akan mendapat kerehatan yang hakiki.

Di mana?

Iaitu di Syurga.

Itulah tempat rehat yang hakiki.