Wednesday, 15 May 2013

Jika Aku Jatuh Cinta...

Bismillahirahmanirahim...

Ya Allah...
Jika aku jatuh cinta....
Cintakanlah aku pada seseorang yang
melabuhkan cintanya kepadaMu....
Agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMu...

Ya Muhaimin...
Jika aku jatuh hati...
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang
hatinya bertaut padaMu...
Agar tidak jatuh aku dalam jurang cinta nafsu...

Ya Rabbana..
Jika aku jatuh hati..
Jagalah hatiku padanya..
Agar tidak berpaling daripada hatiMu...

Ya Rabbul Izzati...
Jika aku terasa rindu..
Rindukanlah aku pada seseorang yang
merindui syahid di jalanMu...

Ya Allah...
Jika aku menikmati cinta kekasihMu...
Janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya,
bermunajat di sepertiga malam terakhirMu...

Ya Allah...
Jika aku jatuh cinta pada kekasihMu..
Jangan biar aku terjatuh dalam perjalanan
panjang menyeru manusia kepadaMU....

Ya Allah..
Jika Kau halalkan aku merindui kekasihMU..
Jangan biarkan aku melampau batas
sehingga aku lupa akan cinta hakiki
dan rindu abadi hanya padaMU...

Ya Allah...
Jika dia adalah jodohku..
Kau permudahkanlah dan Kau tunjukkan petandanya...
Agar hati ini tidak tertanya-tanya akan jawapannya...

Ya Allah..
Jika memang Kau mengetahui bahawa dia
ini baik bagiku di urusan agamaku dan kehidupanku,
Maka takdirkanlah dia untukku..

Amin Ya Rabbal Alamin...


p/s : jika benar aku jatuh cinta kerana agamanya....Kau dekatkanlah aku dengan dia...jika benar perasaanku ini tidak beralaskan nafsu....Kau takdirkanlah aku dengan dia..Ya Allah,Kau maha mengetahui apa yang baik untuk hambaMu ini...






Saturday, 11 May 2013

Hambakah kita?

Assalamualaikum sahabat-sahabat sekalian...

Semoga dalam keadaan sihat sejahtera dan nikmat kesihatan dapat kita terus bersemangat untuk beribadat kepada Allah...kerana Allah tempat kita datang dan Allah juga tempat kita kembali...sesungguhnya kita ini hamba dan Allah adalah tuan kita...

Bercakap pasal hamba ini,saya ada 1 kisah yang menceritakan kehambaan seseorang kepada tuanNya..kisah ini telah diceritakan dalam surah yaasin sendiri...sesiapa belum terokai lagi surah-surah di dalam Al-quran yang mempunyai cerita-cerita tersendiri disebaliknya,ayuh kita terokai...rugi laa sesiapa tak terokai kerana begitu banyak cerita-cerita yang indah dan memberi pengajaran kepada kita untuk menempuh mehnah dan tribulasi dalam kehidupan.....kisah yang saya maksudkan adalah kisah Habib an-Najjar..

Pada suatu hari, Allah telah menghantar 2 orang rasul ke sebuah kampung untuk mengajar penduduk disana supaya beriman kepada Allah..rumah pertama 2 orang rasul pergi adalah rumah Habib an-Najjar dan berdakwah kepada nya...Habib an-Najjar telah beriman kepada Allah dengan yakinnya...malah keimanan Habib an-Najjar adalah keimanan yang sebenar...ada yang menyatakan walaupon baru dia beriman kepada Allah, dia telah merasakan nikmatnya menjadi hamba...kemudian kedua orang rasul itu pergi ke tengah kampung dan berdakwah kepada masyarakat di situ...tetapi malang sekali penduduk kampung tidak mahu dengar cakap dan tidak mahu beriman kepada Allah..maka Allah menghantar lagi seorang rasul untuk membantu dan memperkuat 2 orang rasul yang berdakwah itu...kisah ini dalam surah yaasin ayat 13-19..malang sekali,penduduk kampung itu tetap menolak tiga orang rasul itu dan mengugut untuk membunuh mereka..berita itu sampai kepada Habib an-Najjar, dia tanpa membazirkan masa walau sesaat,terus berlari mendapatkan penduduk kampungnya..dia bukan berjalan tetapi dia berlari kerana tidak mahu membazir masa untuk sahabat-sahabatnya merasakan kelazatan menjadi hamba sepertinya..Allah telah menceritakan kisah ini dalam ayat 20-21 surah yaasin...akibatnya, Habib an-Najjar juga ditolak oleh penduduk kampungnya sendiri..ada riwayat menyatakan perutnya dipijak hingga pecah...dia meninggal dunia akibat dibelasah oleh penduduk kampungnya kerana melindungi dan mempertahankan 3 orang rasul tadi..

Allah..hebat sungguh Habib an-Najjar ini...walaupun sekejap beriman kepada Allah tetapi sebenar-benar keimanan..dalam surah yaasin ayat 26 maksudnya, 'dikatakan(dikatakan kepadanya), masuklah ke dalam syurga. Dia(Habib an-Najjar) berkata, alangkah baiknya jika kaumku mengetahui'....itulah ungkapan Habib an-Najjar..setelah dia meninggal dunia dan dibangkitkan semula,Allah menghadiahkannya syurga..

Walaupun baru beriman kepada Allah beberapa hari,tetapi dia sudah yakin kepada Allah dengan keyakinan yang asli...tidak hairan Allah membalas hamba ini dengan balasan syurga...tetapi kita,umat sekarang....sudah beberapa tahun kita bergelar orang islam...adakah kita yakin Allah maha besar dan maha esa,akan tetapi kita tetap menyekutukan Allah...adakah kita yakin Allah maha pengampun,akan tetapi kita tetap tidak memohon keampunan dari Allah malah kita sombong denganNya...adakah kita yakin Allah maha melihat,akan tetapi kita tetap melakukan maksiat serta tidak mahu melakukan kebaikan malah bangga melakukan kemungkaran dan malu hendak melakukan kebaikan...

Allah...ini sebagai muhasabah untuk diri kita...Itulah kisah Habib an-Najjar serba sedikit menjadi pengajaran serta pemangkin semangat kepada kita untuk terus cari apa erti hamba sebenar-benarnya...bersama-sama kita merasai kelazatan menjadi hambaNya..marilah kita bersama-sama memperingati sesama kita serta mengkoreksi diri..



Friday, 10 May 2013

Jangan Malu Sahabat-Sahabat!


Assalamualaikum sahabat-sahabat sekalian...

Alhamdulillah dapat lagi kita menghirup udara yang segar dan masih dapat lagi kita beribadat kepada Allah S.W.T kerana Allah memberi nikmat kesihatan kepada kita...

Tidak lupa juga selawat dan salam kepada nabi junjungan kita iaitu Nabi muhammad S.A.W kerana beliau dan para sahabat berjuang menyebarkan risalah-risalah islam dan akhirnya kita dapat merasai nikmat islam hingga hari ini..bersyukur laaa kita...

Adakah saudara terfikir akan ketibaan hari kiamat? adakah saudara terfikir apakah cukup amalan kita untuk menghadapi hari kiamat? Saya tak ingin bercakap pasal kiamat tapi saya ingin bercakap pasal amalan..saudara sendiri tahu bahawa tidak ada sesuatu yang akan mengikut kita setelah kita mati kecuali amalan..amalan-amalan kita semasa di dunia atau semasa kita hidup...

Masalah cukup atau tidak amalan kita itu tidak kita ketahuinya tetapi adakah kita membuat perkara kebaikan dan tinggal perkara kemungkaran...muhasabah diri kita setakat mana kebaikan yang kita lakukan dan sebanyak mana kemungkaran yang kita tinggalkan...

Fenomena orang-orang islam sekarang malu untuk melakukan kebaikan tetapi megah dan berasa bangga dapat melakukan kemungkaran...Allahuakbar...kita sering diejek oleh kawan-kawan kerana kita menutup aurat, kerana kita posting pasal keagamaan, kerana kita selalu pergi masjid, kerana kita selalu bercakap hal-hal agama..inilah fenomena atau keadaan yang dialami oleh orang islam sekarang...malu kerana diejek 'bajet alimlah tu bercakap hal-hal agama', 'kau ingat kau cantik sangat pakai tudung labuh'...

Jangan malu sahabat-sahabat! bangkit dari lena saudara-saudara sekalian...biarlah kita malu dan takut dalam membuat kemungkaran..tetapi jangan malu dan takut untuk beribadat kepada Allah serta melakukan kebaikan...ingatlah Allah adalah tempat kita datang dan Dia juga tempat kita kembali...

Saya teringat kata-kata Tuan Guru Haron Din,
Selagi mana islam tak tertegak dalam diri kita, selagi itulah islam takkan tertegak dalam negara kita
Alhamdulillah..sampai disini nukilan atau perkongsian saya pada hari ini..semoga memberi manfaat kepada sahabat-sahabat sekalian...tegakkan n suburkan islam dalam diri dan kehidupan kita,barulah islam tertegak indah di dalam negara kita...

Sunday, 28 April 2013

Menutup aurat itu indah

Assalamulaikum....

“Wahai Nabi, katakan kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan isteri-isteri orang mukmin, ‘hendaklah mereka melabuhkan jilbab ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali sebagai wanita baik agar mereka tidak diganggu. (Al-Ahzab:59)

Ayat 59 dalam surah Al-Ahzab ini menceritakan bahawasanya Allah berfirman kepada kita semua sebagai lelaki supaya menegur perempuan-perempuan di sekeliling kamu agar menutup aurat dan menutup aurat ni akan melindungi mereka .

Menutup aurat ini merupakan satu kewajipan dan tidak menutupnya adalah berdosa. Ini sesuatu perkara yang wajib kita ikuti dan imani. Jika tidak mahu memakai tudung tak apa,justeru tutuplah aurat dengan kani guni atau baldi. Yang dikatakan jilbab itu dlm ayat diatas bukanlah disempitkan dengan maksud tudung tetapi apa-apa sahaja yang boleh menutup aurat.

Rasulullah pernah bersabda maksudnya mereka berpakaian tetapi telanjang. nah... hal ini menunjukkan kepada mereka yang berpakaian tetapi masih menunjukkan bentuk badan dan anggota badan yang tidak dilihat yakni mereka berpakaian ketat dan singkat.

Yang penting, aurat mesti ditutup dan dilindungi daripada pandangan mata mereka yang ajnabi. Menutup aurat itu indah dimata manusia serta disisi Allah S.W.T. Tutuplah aurat kamu sama ada lelaki atau perempuan sebelum kamu dikapankan dengan penutupan atau pemakaian yang sempurna.

Semoga nukilan saya memberi manfaat kepada sahabat-sahabat sekalian.

Saturday, 13 April 2013

Senario Panas di Malaysia

Assalamualaikum...

apa kabar sahabat semua??

semoga sahabat semua terpelihara iman dan sentiasa istiqomah dalam berjuang di jalan Allah serta bersyukur akan nikmat diberi oleh Allah S.W.T.

Situasi panas di Malaysia semakin menjadi-jadi...panas betol laaa..biasa laaa cuaca memang macam itu,kita tak boleh lawan kejadian Allah..Sahabat-sahabat! saya bukan bercakap pasal cuaca tetapi saya bercakap pasal bahangan daripada PRU'13 bakal menjelang..peperangan bendera berlaku di pelosok negeri serta replika-replika yang dibina sebagai simbol semangat perjuangan 2 parti ini...

Situasi semakin panas kerana ada parti yang ingin menjatuhkan parti lain dengan melemparkan fitnah-fitnah berunsur lucah..sebaiknya parti tersebut sepatutnya menarik undian dengan cara berkempen atau strategi yang mengikut lunas-lunas syarak yang lebih memikat hati pengundi tentang betapa tinggi dan mulianya nilai-nilai yang diusahakan..ini baru laaa berpolitik secara bersih...

Jadi,pilihlah parti yang berpegangkan al-quran dan hadis sebagai perlembagaan dan islam sebagai agamanya serta perjuangan jihad impiannya...biarlah negara kita ini dipimpin oleh ulama-ulama agar nasib umat islam dan penduduk Malaysia terjamin serta ekonomi yang bersih daripada kekotoran yang dibuat sebelum ini...

Inikalilah...saya inginkan perubahan serta kekalkan Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang..
anda macam mane?
ingin bersama dengan saya?
jom sahabat-sahabat....


saya pilih islam....anda??



Saturday, 30 March 2013

Sahabat atau kawan?


Assalamualaikum...




Sahabat semua sihat ke???

Saya memohon pada ilahi agar kita semua sihat-sihat dalam kenikmatan islam dan iman supaya kite semua dapat mewar-warkan risalah islam kepada orang di sekeliling kita.

Sahabat ibarat cahaya matahari menyinari. Sahabat umpama pewangi yang mengharumkan. Sahabat umpama pelangi. Sahabat umpama bintang walaupun jauh tapi tetap bersinar. Sahabat ibarat cermin, kalau kita memerhatikan cermin yang baik dan jernih, ianya akan memberikan bayangan yang sesuai dengan apa yang dicerminkan. Begitu banyak perumpamaan bagi sahabat.

Sahabat atau kawan? apa perbezaan sahabat dan kawan? gambar di atas sudah merungkaikan apa itu sahabat. Selama kamu semua hidup hingga kini, adakah kamu pernah dengar statement menyatakan "kadang-kadang sahabat ini boleh jadi musuh" ? tak pernah kan? tetapi kamu selalu dengar statement ini, " kadang-kadang kawan itu boleh jadi musuh". Betul tak? Sebaik-baik sahabat yang dapat membawa kita ke syurga bukan ke neraka.

"Teman-teman karib pada hari itu saling bermusuhan antara satu sama lain kecuali mereka yang bertakwa", surah Az-zukhruf ayat ke-67. Dalam bersahabat perkara yang paling penting adalah takwa. Kerana takwanya, kita mencintai sahabat kita. Sebab sahabat yang bertakwa akan gembira melihat perubahan sahabat daripada baik ke lebih baik. Tetapi seorang kawan akan merasai perubahan kawannya ke arah yang baik yakni mendekati Allah seperti dirinya dicucuk duri. Sakit melihat perubahan kawannya.

Sahabat yang baik sentiasa mendokong serta menyokong sahabatnya dalam perjuangan islam serta dalam menyebarkan dakwah. Bukan mengejek sahabatnya berdakwah kerana semangatnya akan mudah akan luhur. Sebab iman kita kadang-kadang high tapi kadang-kadang down. Biarlah kita menjadi sahabat yang sentiasa menyokongnya dalam berdakwah untuk menyambung rantai-rantai perjuangan sahabat-sahabat zaman Rasulullah S.A.W.

Allah juga menghadirkan insan-insan baik di sekeliling kita, mungkin kerana mereka merupakan wasilah buat diri kita untuk terus kekal dalam kebaikan. Insan itu adalah sahabat. Seorang yang mencintai sahabatnya kerana Allah S.W.T, dia akan menegur kesilapan dan menasihati sahabatnya. Sebab apa. Sebab dia tak nak sahabatnya dikacau dengan dosa. Indah betul persahabatan dalam kehidupan andai ditunjangi oleh iman dan takwa. Marilah bersama-sama kita mencari sahabat sentiasa ada bersama kita disaat kita susah atau senang, suka atau duka, sedih atau gembira dan hidup ataupun mati. Bersahabat hingga ke syurga.

Alhamdulillah...semoga tajuk yang disentuh oleh saya memberi manfaat kepada sahabat-sahabat di luar sana. Sekian. Assalam. :)

Aku ingin berubah! (2)


         Kehidupanku di Universiti umpama rusa masuk kampung. Aku tidak tahu apa yang perlu aku lakukan di sini memandangkan aku ini budak baru. Aku kena pandai berdikari. Yusuf!kau boleh buat. Aku membakar semangat dalam diriku ini agar cekal dan tabah di sini. Insyaallah Allah akan membantuku.

          Ketika aku duduk termenung di jendela tingkap bilikku. Aku terlihat telatah anak-anak muda yang sedang leka bergurau-senda yang bercampur antara lelaki dan perempuan tanpa mereka sedari tingkahlakunya dimata-matakan olehku. Saidina Umar Al-Khattab pernah berkata, "Barangsiapa menempatkan dirinya di tempat yang menimbulkan persangkaan maka janganlah menyesal kalau orang  menyangka buruk padanya". Keadaan mereka yang bercampuran antara lelaki dan perempuan akan menimbulkan sangkaan buruk orang lain terhadap mereka. Islam tak melarang kita bergurau-senda atau ketawa tetapi biarlah berpada-pada, ada hadnya dan ada batasnya.

             Dengan melihat telatah mereka, aku masih terngianga-ngianga kedengaran masa silamku semasa aku remaja di alam persekolahan. Hidupku penuh dengan keseronokan dan dosa yang menutup hatiku untuk makrifatullah dan mencari erti kehidupan yang sebenar. Aku dipenuhi dengan perempuan-perempuan bukan halal untukku yang ingin mendekatiku kerana harta dan rupa parasku. Aku merupakan anak orang berada, apa yang aku minta dan inginkan pasti kemahuanku tercapai disebabkan oleh kekayaan ayahku.

              Biarlah kisah silam yang pahit itu berlalu dan menjadi nostalgia serta panduan bagi diriku untuk berubah. "Ya Allah, aku ingin berubah. Jauhi aku daripada sifat yang jahil dan dekatkan aku dengan sifat yang mulia disisiMu. Ya Allah, kau berikanlah aku sahabat dan teman hidup yang dapat membawa serta membimbingku ke jalan yang diredhaiMu. Ya Allah, Kau ampunkan dosa-dosaku yang terdahulu, kini dan akan datang. Sesungguhnya dosa-dosaku yang terdahulu begitu banyak terhadapMu, dengan itu aku memohon keampunan dariMu agar Kau hapuskanku. Sesungguhnya Kau Maha Pengampun Ya Allah". Doa inilah yang sering aku lafazkan dan luahkan tatkala aku bersua dan bersujud dengan penciptaku.

Wahai tuhan,ku tak layak ke syurgaMu
namun tak pula aku sanggup ke nerakaMu
ampunkan dosaku terimakan taubatku
sesungguhnya Kau lah pengampun dosa-dosa besar
dosa-dosaku bagaikan pepasir di pantai
Ampunkankan daku oh tuhanku

                Inilah lagu yang menjadi dendanganku tatkala aku teringat dan terkenang kembali akan dosa-dosaku yang lampau. Saat aku lagukan lirik ini, disaat itulah air mataku jatuh berlinangan di pipiku. Aku sedih jika Allah tidak mahu menerima taubatku, aku sedih jika Allah murka kepadaku. Ya allah, Kau ampunkanlah dosaku. Aku ingin berubah keranaMu. Aku ingin berubah kerana aku takut kepadaMu. Aku ingin berubah kerana aku cintakan KekasihMu. Ya Allah, aku ingin berubah.

            Yusuf! jom pergi kelas. Dah lewat ini. Sahabatku memanggilku. Walaupun baru aku kenal sahabatku yang bernama Zulkifli tetapi aku merasakan seperti sudah lama aku mengenalinya. Aku suka akan akhlaknya yang menghormati orang, tidak pernah marah dan percakapan yang lembut. Inilah permulaan bagi aku untuk berubah iaitu bersahabat dengan orang yang baik-baik sahaja. Semoga aku istiqomah selalu. Amin



Bersambung.............