Monday, 22 September 2014

Ini Adalah Ujian!

Kita sering dibebani dengan amanah dan kerja
Pasti kita akan mengeluh
Pasti kita akan merungut
Dan pasti kita akan stress!

Tetapi apa sahabat saya cakap
"Ini bukan kerja tetapi ini adalah ujian!"

Allah..
Satu kata-kata menusuk ke dalam hati
terima kasih sahabat

Ujian daripada Allah yang menunjukkan tanda Allah sayang pada kita.
Moga aku istiqomah di jalanNya.

Aamiin.

Tuesday, 17 June 2014

Destinasi Indah

Aku cuba berlari di kaki pelangi
mengukur jarak berbanding masa.

Aku cuba gapai warna warni
akhirnyaku akur ditipu fatamorgana.

Begitulah realiti memasung sisa umur
di alam buana ini.

Moga nur hidayah ilahi dapat ku gapai
menyuluh lorong gelap dan kelam
menuju mahligai berseri bidadari

Satu destinasi yang begitu indah
yang tidak dijangkau pelangi.


p/s  : Muhasabah diri ini akan dosa-dosa lampau. Ku hanya hamba yang hina

Wednesday, 28 May 2014

Cubitan Daripada-Nya

Presentation tadi.....emmmm agar teruk
Mungkin ini teguran daripada-Nya

Muhasabah seketika
Rasa ingin menangis
Tetapi aku kena kuat

Diri ini kena berubah
Berubah ke lebih baik

Ini aku nantikan sekian lama
Teguran daripada Allah
Mungkin Dia rindu rintihan Hamba-Nya

Sahabat memberi semangat
Teruskan perjuangan
Kau kena kuat

Semoga Allah terus menyapa ku
Bukan ini kali tetapi berkali-kali

Alhamdulillah inilah cubitan daripada-Nya.


Thursday, 6 February 2014

Allah tidak pernah mungkir janji

Allah.
Amanah itu amat berat.
berat jika bersendirian.
itu pentingnya 'sahabat'.

ingat lagi kata-kata seorang sahabat ini
ranting kalau sebatang senang dipatahkan,
jika seikat ranting hendak dipatahkan pasti lambat.
itulah kekuatan berkumpulan.

hidup dalam perjuangan bukan mudah.
pasti ada cabaran dan dugaannya
'kalau perjuangan ini mudah pasti ramai mengikutinya'
tetapi... Allah pasti akan membantu.

pasti.
janji Allah adalah pasti.
'Allah tidak pernah mungkir janji'

Wednesday, 5 February 2014

yakinlah

Yakinlah

DIA sentiasa menyediakan jalan taubat
walaupun dosa
seluas laut
setinggi langit
dan segunung dosa sekalipun
setiap kekhilafan masih boleh dicuci.
disucikan dengan keinsafan 
dan taubat yang bersungguh-sungguh

Insyaallah :)