Wednesday, 15 May 2013

Jika Aku Jatuh Cinta...

Bismillahirahmanirahim...

Ya Allah...
Jika aku jatuh cinta....
Cintakanlah aku pada seseorang yang
melabuhkan cintanya kepadaMu....
Agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMu...

Ya Muhaimin...
Jika aku jatuh hati...
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang
hatinya bertaut padaMu...
Agar tidak jatuh aku dalam jurang cinta nafsu...

Ya Rabbana..
Jika aku jatuh hati..
Jagalah hatiku padanya..
Agar tidak berpaling daripada hatiMu...

Ya Rabbul Izzati...
Jika aku terasa rindu..
Rindukanlah aku pada seseorang yang
merindui syahid di jalanMu...

Ya Allah...
Jika aku menikmati cinta kekasihMu...
Janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya,
bermunajat di sepertiga malam terakhirMu...

Ya Allah...
Jika aku jatuh cinta pada kekasihMu..
Jangan biar aku terjatuh dalam perjalanan
panjang menyeru manusia kepadaMU....

Ya Allah..
Jika Kau halalkan aku merindui kekasihMU..
Jangan biarkan aku melampau batas
sehingga aku lupa akan cinta hakiki
dan rindu abadi hanya padaMU...

Ya Allah...
Jika dia adalah jodohku..
Kau permudahkanlah dan Kau tunjukkan petandanya...
Agar hati ini tidak tertanya-tanya akan jawapannya...

Ya Allah..
Jika memang Kau mengetahui bahawa dia
ini baik bagiku di urusan agamaku dan kehidupanku,
Maka takdirkanlah dia untukku..

Amin Ya Rabbal Alamin...


p/s : jika benar aku jatuh cinta kerana agamanya....Kau dekatkanlah aku dengan dia...jika benar perasaanku ini tidak beralaskan nafsu....Kau takdirkanlah aku dengan dia..Ya Allah,Kau maha mengetahui apa yang baik untuk hambaMu ini...






Saturday, 11 May 2013

Hambakah kita?

Assalamualaikum sahabat-sahabat sekalian...

Semoga dalam keadaan sihat sejahtera dan nikmat kesihatan dapat kita terus bersemangat untuk beribadat kepada Allah...kerana Allah tempat kita datang dan Allah juga tempat kita kembali...sesungguhnya kita ini hamba dan Allah adalah tuan kita...

Bercakap pasal hamba ini,saya ada 1 kisah yang menceritakan kehambaan seseorang kepada tuanNya..kisah ini telah diceritakan dalam surah yaasin sendiri...sesiapa belum terokai lagi surah-surah di dalam Al-quran yang mempunyai cerita-cerita tersendiri disebaliknya,ayuh kita terokai...rugi laa sesiapa tak terokai kerana begitu banyak cerita-cerita yang indah dan memberi pengajaran kepada kita untuk menempuh mehnah dan tribulasi dalam kehidupan.....kisah yang saya maksudkan adalah kisah Habib an-Najjar..

Pada suatu hari, Allah telah menghantar 2 orang rasul ke sebuah kampung untuk mengajar penduduk disana supaya beriman kepada Allah..rumah pertama 2 orang rasul pergi adalah rumah Habib an-Najjar dan berdakwah kepada nya...Habib an-Najjar telah beriman kepada Allah dengan yakinnya...malah keimanan Habib an-Najjar adalah keimanan yang sebenar...ada yang menyatakan walaupon baru dia beriman kepada Allah, dia telah merasakan nikmatnya menjadi hamba...kemudian kedua orang rasul itu pergi ke tengah kampung dan berdakwah kepada masyarakat di situ...tetapi malang sekali penduduk kampung tidak mahu dengar cakap dan tidak mahu beriman kepada Allah..maka Allah menghantar lagi seorang rasul untuk membantu dan memperkuat 2 orang rasul yang berdakwah itu...kisah ini dalam surah yaasin ayat 13-19..malang sekali,penduduk kampung itu tetap menolak tiga orang rasul itu dan mengugut untuk membunuh mereka..berita itu sampai kepada Habib an-Najjar, dia tanpa membazirkan masa walau sesaat,terus berlari mendapatkan penduduk kampungnya..dia bukan berjalan tetapi dia berlari kerana tidak mahu membazir masa untuk sahabat-sahabatnya merasakan kelazatan menjadi hamba sepertinya..Allah telah menceritakan kisah ini dalam ayat 20-21 surah yaasin...akibatnya, Habib an-Najjar juga ditolak oleh penduduk kampungnya sendiri..ada riwayat menyatakan perutnya dipijak hingga pecah...dia meninggal dunia akibat dibelasah oleh penduduk kampungnya kerana melindungi dan mempertahankan 3 orang rasul tadi..

Allah..hebat sungguh Habib an-Najjar ini...walaupun sekejap beriman kepada Allah tetapi sebenar-benar keimanan..dalam surah yaasin ayat 26 maksudnya, 'dikatakan(dikatakan kepadanya), masuklah ke dalam syurga. Dia(Habib an-Najjar) berkata, alangkah baiknya jika kaumku mengetahui'....itulah ungkapan Habib an-Najjar..setelah dia meninggal dunia dan dibangkitkan semula,Allah menghadiahkannya syurga..

Walaupun baru beriman kepada Allah beberapa hari,tetapi dia sudah yakin kepada Allah dengan keyakinan yang asli...tidak hairan Allah membalas hamba ini dengan balasan syurga...tetapi kita,umat sekarang....sudah beberapa tahun kita bergelar orang islam...adakah kita yakin Allah maha besar dan maha esa,akan tetapi kita tetap menyekutukan Allah...adakah kita yakin Allah maha pengampun,akan tetapi kita tetap tidak memohon keampunan dari Allah malah kita sombong denganNya...adakah kita yakin Allah maha melihat,akan tetapi kita tetap melakukan maksiat serta tidak mahu melakukan kebaikan malah bangga melakukan kemungkaran dan malu hendak melakukan kebaikan...

Allah...ini sebagai muhasabah untuk diri kita...Itulah kisah Habib an-Najjar serba sedikit menjadi pengajaran serta pemangkin semangat kepada kita untuk terus cari apa erti hamba sebenar-benarnya...bersama-sama kita merasai kelazatan menjadi hambaNya..marilah kita bersama-sama memperingati sesama kita serta mengkoreksi diri..



Friday, 10 May 2013

Jangan Malu Sahabat-Sahabat!


Assalamualaikum sahabat-sahabat sekalian...

Alhamdulillah dapat lagi kita menghirup udara yang segar dan masih dapat lagi kita beribadat kepada Allah S.W.T kerana Allah memberi nikmat kesihatan kepada kita...

Tidak lupa juga selawat dan salam kepada nabi junjungan kita iaitu Nabi muhammad S.A.W kerana beliau dan para sahabat berjuang menyebarkan risalah-risalah islam dan akhirnya kita dapat merasai nikmat islam hingga hari ini..bersyukur laaa kita...

Adakah saudara terfikir akan ketibaan hari kiamat? adakah saudara terfikir apakah cukup amalan kita untuk menghadapi hari kiamat? Saya tak ingin bercakap pasal kiamat tapi saya ingin bercakap pasal amalan..saudara sendiri tahu bahawa tidak ada sesuatu yang akan mengikut kita setelah kita mati kecuali amalan..amalan-amalan kita semasa di dunia atau semasa kita hidup...

Masalah cukup atau tidak amalan kita itu tidak kita ketahuinya tetapi adakah kita membuat perkara kebaikan dan tinggal perkara kemungkaran...muhasabah diri kita setakat mana kebaikan yang kita lakukan dan sebanyak mana kemungkaran yang kita tinggalkan...

Fenomena orang-orang islam sekarang malu untuk melakukan kebaikan tetapi megah dan berasa bangga dapat melakukan kemungkaran...Allahuakbar...kita sering diejek oleh kawan-kawan kerana kita menutup aurat, kerana kita posting pasal keagamaan, kerana kita selalu pergi masjid, kerana kita selalu bercakap hal-hal agama..inilah fenomena atau keadaan yang dialami oleh orang islam sekarang...malu kerana diejek 'bajet alimlah tu bercakap hal-hal agama', 'kau ingat kau cantik sangat pakai tudung labuh'...

Jangan malu sahabat-sahabat! bangkit dari lena saudara-saudara sekalian...biarlah kita malu dan takut dalam membuat kemungkaran..tetapi jangan malu dan takut untuk beribadat kepada Allah serta melakukan kebaikan...ingatlah Allah adalah tempat kita datang dan Dia juga tempat kita kembali...

Saya teringat kata-kata Tuan Guru Haron Din,
Selagi mana islam tak tertegak dalam diri kita, selagi itulah islam takkan tertegak dalam negara kita
Alhamdulillah..sampai disini nukilan atau perkongsian saya pada hari ini..semoga memberi manfaat kepada sahabat-sahabat sekalian...tegakkan n suburkan islam dalam diri dan kehidupan kita,barulah islam tertegak indah di dalam negara kita...