Tuesday 17 June 2014

Destinasi Indah

Aku cuba berlari di kaki pelangi
mengukur jarak berbanding masa.

Aku cuba gapai warna warni
akhirnyaku akur ditipu fatamorgana.

Begitulah realiti memasung sisa umur
di alam buana ini.

Moga nur hidayah ilahi dapat ku gapai
menyuluh lorong gelap dan kelam
menuju mahligai berseri bidadari

Satu destinasi yang begitu indah
yang tidak dijangkau pelangi.


p/s  : Muhasabah diri ini akan dosa-dosa lampau. Ku hanya hamba yang hina