Saturday 30 March 2013

Sahabat atau kawan?


Assalamualaikum...




Sahabat semua sihat ke???

Saya memohon pada ilahi agar kita semua sihat-sihat dalam kenikmatan islam dan iman supaya kite semua dapat mewar-warkan risalah islam kepada orang di sekeliling kita.

Sahabat ibarat cahaya matahari menyinari. Sahabat umpama pewangi yang mengharumkan. Sahabat umpama pelangi. Sahabat umpama bintang walaupun jauh tapi tetap bersinar. Sahabat ibarat cermin, kalau kita memerhatikan cermin yang baik dan jernih, ianya akan memberikan bayangan yang sesuai dengan apa yang dicerminkan. Begitu banyak perumpamaan bagi sahabat.

Sahabat atau kawan? apa perbezaan sahabat dan kawan? gambar di atas sudah merungkaikan apa itu sahabat. Selama kamu semua hidup hingga kini, adakah kamu pernah dengar statement menyatakan "kadang-kadang sahabat ini boleh jadi musuh" ? tak pernah kan? tetapi kamu selalu dengar statement ini, " kadang-kadang kawan itu boleh jadi musuh". Betul tak? Sebaik-baik sahabat yang dapat membawa kita ke syurga bukan ke neraka.

"Teman-teman karib pada hari itu saling bermusuhan antara satu sama lain kecuali mereka yang bertakwa", surah Az-zukhruf ayat ke-67. Dalam bersahabat perkara yang paling penting adalah takwa. Kerana takwanya, kita mencintai sahabat kita. Sebab sahabat yang bertakwa akan gembira melihat perubahan sahabat daripada baik ke lebih baik. Tetapi seorang kawan akan merasai perubahan kawannya ke arah yang baik yakni mendekati Allah seperti dirinya dicucuk duri. Sakit melihat perubahan kawannya.

Sahabat yang baik sentiasa mendokong serta menyokong sahabatnya dalam perjuangan islam serta dalam menyebarkan dakwah. Bukan mengejek sahabatnya berdakwah kerana semangatnya akan mudah akan luhur. Sebab iman kita kadang-kadang high tapi kadang-kadang down. Biarlah kita menjadi sahabat yang sentiasa menyokongnya dalam berdakwah untuk menyambung rantai-rantai perjuangan sahabat-sahabat zaman Rasulullah S.A.W.

Allah juga menghadirkan insan-insan baik di sekeliling kita, mungkin kerana mereka merupakan wasilah buat diri kita untuk terus kekal dalam kebaikan. Insan itu adalah sahabat. Seorang yang mencintai sahabatnya kerana Allah S.W.T, dia akan menegur kesilapan dan menasihati sahabatnya. Sebab apa. Sebab dia tak nak sahabatnya dikacau dengan dosa. Indah betul persahabatan dalam kehidupan andai ditunjangi oleh iman dan takwa. Marilah bersama-sama kita mencari sahabat sentiasa ada bersama kita disaat kita susah atau senang, suka atau duka, sedih atau gembira dan hidup ataupun mati. Bersahabat hingga ke syurga.

Alhamdulillah...semoga tajuk yang disentuh oleh saya memberi manfaat kepada sahabat-sahabat di luar sana. Sekian. Assalam. :)

Aku ingin berubah! (2)


         Kehidupanku di Universiti umpama rusa masuk kampung. Aku tidak tahu apa yang perlu aku lakukan di sini memandangkan aku ini budak baru. Aku kena pandai berdikari. Yusuf!kau boleh buat. Aku membakar semangat dalam diriku ini agar cekal dan tabah di sini. Insyaallah Allah akan membantuku.

          Ketika aku duduk termenung di jendela tingkap bilikku. Aku terlihat telatah anak-anak muda yang sedang leka bergurau-senda yang bercampur antara lelaki dan perempuan tanpa mereka sedari tingkahlakunya dimata-matakan olehku. Saidina Umar Al-Khattab pernah berkata, "Barangsiapa menempatkan dirinya di tempat yang menimbulkan persangkaan maka janganlah menyesal kalau orang  menyangka buruk padanya". Keadaan mereka yang bercampuran antara lelaki dan perempuan akan menimbulkan sangkaan buruk orang lain terhadap mereka. Islam tak melarang kita bergurau-senda atau ketawa tetapi biarlah berpada-pada, ada hadnya dan ada batasnya.

             Dengan melihat telatah mereka, aku masih terngianga-ngianga kedengaran masa silamku semasa aku remaja di alam persekolahan. Hidupku penuh dengan keseronokan dan dosa yang menutup hatiku untuk makrifatullah dan mencari erti kehidupan yang sebenar. Aku dipenuhi dengan perempuan-perempuan bukan halal untukku yang ingin mendekatiku kerana harta dan rupa parasku. Aku merupakan anak orang berada, apa yang aku minta dan inginkan pasti kemahuanku tercapai disebabkan oleh kekayaan ayahku.

              Biarlah kisah silam yang pahit itu berlalu dan menjadi nostalgia serta panduan bagi diriku untuk berubah. "Ya Allah, aku ingin berubah. Jauhi aku daripada sifat yang jahil dan dekatkan aku dengan sifat yang mulia disisiMu. Ya Allah, kau berikanlah aku sahabat dan teman hidup yang dapat membawa serta membimbingku ke jalan yang diredhaiMu. Ya Allah, Kau ampunkan dosa-dosaku yang terdahulu, kini dan akan datang. Sesungguhnya dosa-dosaku yang terdahulu begitu banyak terhadapMu, dengan itu aku memohon keampunan dariMu agar Kau hapuskanku. Sesungguhnya Kau Maha Pengampun Ya Allah". Doa inilah yang sering aku lafazkan dan luahkan tatkala aku bersua dan bersujud dengan penciptaku.

Wahai tuhan,ku tak layak ke syurgaMu
namun tak pula aku sanggup ke nerakaMu
ampunkan dosaku terimakan taubatku
sesungguhnya Kau lah pengampun dosa-dosa besar
dosa-dosaku bagaikan pepasir di pantai
Ampunkankan daku oh tuhanku

                Inilah lagu yang menjadi dendanganku tatkala aku teringat dan terkenang kembali akan dosa-dosaku yang lampau. Saat aku lagukan lirik ini, disaat itulah air mataku jatuh berlinangan di pipiku. Aku sedih jika Allah tidak mahu menerima taubatku, aku sedih jika Allah murka kepadaku. Ya allah, Kau ampunkanlah dosaku. Aku ingin berubah keranaMu. Aku ingin berubah kerana aku takut kepadaMu. Aku ingin berubah kerana aku cintakan KekasihMu. Ya Allah, aku ingin berubah.

            Yusuf! jom pergi kelas. Dah lewat ini. Sahabatku memanggilku. Walaupun baru aku kenal sahabatku yang bernama Zulkifli tetapi aku merasakan seperti sudah lama aku mengenalinya. Aku suka akan akhlaknya yang menghormati orang, tidak pernah marah dan percakapan yang lembut. Inilah permulaan bagi aku untuk berubah iaitu bersahabat dengan orang yang baik-baik sahaja. Semoga aku istiqomah selalu. Amin



Bersambung.............

                     

Friday 29 March 2013

Cinta 'Superpower Duper Boom'

Assalamualaikum...

Cinta Ilahi....
Cintaku padaMu bagaikan daratan tanpa sempadan
bagai jalan tanpa penghujungnya
Cintaku padaMu bagaikan hatiku dirasuk
tiada pengubat tiada perawat
Cintaku padaMu bagaikan layang-layang di awanan
dikelola oleh tali-taliMu
Cintaku padaMu umpama lalang dihembus angin
dipukul dipalu oleh teguranMu
Cintaku padaMu ibarat silauan sinaran matahari
sentiasa menyinari HambaMu
inilah cinta 'Superpower Duper Boom'....

Cinta manusia senang kita perolehi dengan kata-kata manis dari seorang lelaki kepada perempuan atau sebaliknya. Tetapi cinta ilahi susah untuk dicapai atau diraih melainkan tahap ketakwaan seseorang kepada Allah S.W.T. Jika manusia ini tahu kemanisan cinta ilahi pasti meraka akan berkejar-kejaran mencari cintaNya umpama masa yang tidak terhenti.

Cinta ini merupakan hadiah yang tak ternilai dan indah daripadaNya kepada manusia. Tetapi jika disalaherti maka indah dan bernilai itu boleh menjadi bencana kepada kita. Oleh itu, sebelum kita mencintai sesama manusia, kita perlu mencintai pencipta kita dahulu barulah kemanisan cinta 'Superpower Duper Boom' wujud di antara kita dengan Allah S.W.T dan manusia.

Ayuhlah sahabat-sahabat kita mencintai Allah S.W.T terlebih dahulu,barulah hadirnya cinta kita kepada manusia lain terhasil daripada kemanisan cinta kita kepada Allah. Insyaallah. Semoga nukilan ini memberi manfaat kepada sahabat-sahabat. Amin. :)


Thursday 28 March 2013

Aku ingin berubah! (1)


       Tutt..tutt...ttttuuttt.. Silauan cahaya matahari telah mengetuk kelopak mataku. Aku terbangun dari lenaku. Kelihatan pintu jendela bilikku terbuka luas menyebabkan kehadirannya nur matahari yang mengganggu mataku. Aku melihat kejadian Allah dengan penuh penghayatan. Aku berfikir sejenak, apa erti hidupku di muka bumi ini. Adakah sekadar menghirup udara segar yang percuma tanpa bayaran atau sekadar makan dan minum sahaja. Itulah persoalan yang selalu bermain di dalam pemikiranku yang kudus ini. Dimakan dek masa, aku masih mencari jawapan bagi persoalan yang berpusing-pusing dalam mindaku ini.

        Aku teringat kata-kata ustaz di sekolahku dulu,"nie ustaz nak habaq mai, apabila hang semua ada masalah ataupon sedang menghadapi masalah. Hang semua kenalah kembali kepada tuan hang yang mencipta hang semua iaitu Al-khaliq (Allah S.W.T), hanya itu yang dapat menyelesaikan masalah hang semua” kata Ustaz Azhar menasihati kami semua dengan loghat kedahnya masih kedengaran dalam telingaku ini. Walaupon loghat kedahnya sukar untuk difahami tapi apa yang ingin disampaikan telah menusuk dalam kalbuku.
      
          Aku ingin berubah! Hatiku menjerit dengan sekuat hati walaupun tiada siapapun dapat mendengarnya. Aku tidak mahu mengikut jejak Mat Jenin yang malang itu, yang dikejar tidak dapat, yang dikendong berciciran. Aku tak mahu keinginanku yang mahu berubah kepada insan bersyukur akan nikmat diberi dan menjadi hambaNya yang bertakwa. Aku sering terdengar bahawa Allah S.W.T membuka pintu taubatNya seluas-luasnya untuk hambaNya. Allah masih membuka pintu taubat seluas langit dan bumi untuk hambaNya yang ingin kembali ke jalanNya walaupun hambaNya selalu melakukan kesilapan dan kekhilafan secara sembunyi atau terang-terangan. Rasulullah S.A.W juga berpesan dan menuntut umatnya untuk bertaubat,
"takutlah kamu kepada Allah di mana saja kamu berada dan susulilah keburukan dengan perbuatan kebaikan,pasti akan menghapuskannya"
        Rasulullah S.A.W sudah menegaskan bahawa satu kebaikan akan dilipat gandakan balasannya menjadi sepuluh kali dan satu kesalahan hanya dicatat satu sahaja. Namun, jika kita lihat waktu-waktu kita jalani sambil membuat dosa adalah lebih banyak daripada ganjaran yang kita raih. Allah Maha Pemurah dan Pengampun telah menyediakan taubat dan dengannya akan terhapus seluruh dosa-dosa sekiranya kita bertaubat dengan taubat nasuha (taubat yang sebenar-benarnya). Semoga Allah S.W.T menerima taubatku ini. Amin.

        Kini aku sudah ke menara gading untuk melanjutkan pelajaranku selepas tamat STPM. Alhamdulillah keputusan yang kucapai boleh dikatakan cemerlang. Aku kini diterima masuk ke Universiti Malaysia Pahang (UMP) walaupun UMP kurang dikenali oleh segenap masyarakat. Tetapi aku tetap bersyukur kerana dapat menuntut ilmu serta menambah pahala di sini. Insyaallah. Aku melihat kad pelajarku selepas dapat daripada pendaftaran tadi. Kad pelajarku tertulis namaku iaitu Yusuf Bin Abdul Hadi dan nombor ID iaitu MN11011. Alhamdulillah dan aku bersyukur kerana aku digelar mahasiswa.

Bersambung..........

         

        


         
      

Senyum itu 'cantik'


"susahlah nak sedekah nie"
"tak ada duitlah nak sedekah"
"malaslah nak bersedekah nie"
"sedekah ke riak"
"baik aku simpan duit daripada bersedekah"

Assalam sahabat-sahabat perjuangan...ucapan di atas itu adalah antara persoalan-persoalan ataupon bisikan syaitan kepada diri kita semasa atau ingin bersedekah......Allah..begitu mudah bisikan syaitan mengalir di telinga kita...semoga kita dijauhi oleh bisikan tersebut...amin...

kalau bab-bab sedekah ini, kita sering kaitkan dengan duit.....sebab itulah bangkit persoalan seperti di atas...kali ini saya nak berkongsi bahawa sedekah itu bukan dari duit...itu semua retorik semata-mata...hehehe...tetapi sedekah boleh juga dari senyum..ada 1 hadis Rasulullah S.A.W, maksudnya “Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, beramar makruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya juga sedekah, dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat juga sedekah.”

Rasulullah S.A.W sendiri cakap bahawa senyum ini adalah sedekah....janganlah kita berwawasan sempit mengenai istilah bersedekah ini,mustahil untuk kita lakukan nanti...jadi, mana-mana sahabat tak ada duit itu,senyumlah banyak-banyak supaya dapat pahala tetapi biarlah ikhlas.....janganlah selalu senyum,nanti orang cakap gila pula....hehehe...senyumlah muslim semua sebab senyum itu 'cantik'.....perkataan inilah selalu saya katakan kepada sahabat saya jika dia mempunyai masalah...senyum inilah pengubat hati yang lara dan sedih...sebab itulah senyum itu 'cantik'.....alhamdulillah,,.disini sahaja warkah saya...semoga memberi manfaat kepada sahabat semua..amin...saya harap sahabat-sahabat senyumlah selalu kerana senyum itu 'cantik'..Assalam..:)


Wednesday 27 March 2013

Pemuda dan Dakwah

Assalam sahabat-sahabat....

Semua sahabat sihat ke? saya mahu tanya sahabat sekalian,kenal tak pemuda yang berjubah putih serta berkopiah putih itu....saya rasa semua sahabat kenal pemuda ini kalau sahabat tengok realiti TV Imam Muda musim kedua dan drama islamik Warkah Cinta.... insan ini bernama Imam Muda Nazrul @ Amir Mukhlis dalam Warkah Cinta..heheheh...gambar ini diambil semasa program bedah buku yang dianjurkan Sahabat Masjid (SAHAM) di Universiti Malaysia Pahang....'U' saya..hehehe

Saya bukanlah menyanjungi Imam Muda Nazrul tetapi saya mengambil beliau sebagai salah satu contoh kepada pemuda dalam berdakwah...sebab apa...sebab Imam Muda Nazrul boleh berlakon dan bernyanyi...sebagai seorang pendai'e,kaedah atau cara dalam berdakwah mestilah versataliti maknanya haruslah pelbagai...banyak lagi kaedah(uslub) dalam berdakwah, tak semstinya selepas ini semua sahabat pakat-pakat belajar menyanyi dan berlakon...janganlah sampai macam itu...mungkin sahabat sekalian ada yang pandai melukis,mengarang buku atau novel,bersukan,berniaga, dan sebagainya...pelbagaikan dakwah anda barulah penerima(mad'u) tidak bosan...insyaallah..

Saya masih ingat kata-kata Imam Muda Nazrul ini semasa program malam itu,

"biarlah kita menjadi student yang
O.S.E.M..apa makna O.S.E.M ini
adalah O ordinary, S student, 
E extraordinary dan M muslims." 

apakah yang dimaksudkan IM Nazrul ialah walaupon kita bakal menjadi engineering nanti,maka biarlah kita menjadi engineering yang 'luar biasa'....apapon kerjaya kita selepas ini,biarlah kerjaya yang 'luar biasa'...'luar biasa' dimaksudkan oleh IM nazrul iaitu muslim yang luar biasa....walaupon menjadi engineering biarlah jadi engineering yang tahu apa itu islam,apa yang ada dalam islam dan sebagainya...

Sampai kat sini jelah nukilan saya hari ini....apapon dalam gambar itu tak ada saya,yang ada hanyalah sahabat-sahabat saya iaitu abang Syakir. abang Safwan(naqibku) dan abang Muiz...hehehe..semoga nukilan saya ini memberi manfaat kepada sahabat-sahabat...insyaallah..amin..sekian..assalamualaikum...:)

Tuesday 26 March 2013

saya orang 'Baru'

Assalam semua sahabat..:)

Nama saya Khaizul Afizam...saya orang 'baru' dalam dunia blogger ini...masih banyak lagi saya kena belajar mai,so kalau ada saya buat silap dan khilaf mohon tunjuk ajar mai....hehehe..saya bukan orang cina mai,saya orang 'baru'...heheh..saya memang suka bergurau.. 

Tentu bermain dalam pemikiran kamu semua kenapa dan mengapa saya melangkah masuk ke dunia blogger. Semestinya ada orang cakap membazir masa,tenaga dan macam-macamlah...bawah ini saya akan nukilkan sebab saya masuk dunia blogger ini...

Bissmillahirahmanirahim...

Pemuda.......inilah sebab saya masuk dunia blogger....ramai pemuda di Malaysia membazirkan tenaga,masa dan duitnya untuk benda yang melalaikan...Ya Allah,jauhlah aku dari semua ini....insyaallah blog ini akan membicarakan pemuda,peranan pemuda dan sebagainya...

Rasulullah pernah bersabda,
“Tidak akan beranjak kaki anak Adam pada Hari Kiamat dari sisi Rabbnya sampai dia ditanya tentang 5 (perkara) : Tentang umurnya dimana dia habiskan, tentang masa mudanya dimana dia usangkan, tentang hartanya dari mana dia mendapatkannya dan kemana dia keluarkan dan tentang apa yang telah dia amalkan dari ilmunya”. (HR. At-Tirmizi).
Hadis di atas jelas menunjukkan bahawa masa muda merupakah salah satu nikmat terbesar yang akan diminta pertanggungjawaban di hadapan Allah. Dan itu sekaligus menunjukkan bahawa Islam sangat memperhatikan usia muda dan para pemuda. 

Semoga kita menjadi pemuda sebagaimana pemuda di zaman Rasulullah S.A.W...Bilal bin Rabah,Mus'ab bin Umair,Abdullah bin Mas'ud,Mu'az bin Jabal,Anas bin Malik dan ramai lagi..itulah antara pemuda yang berjuang bersama-sama dengan Nabi Allah dalam menegakkan agama islam...Allahuakbar begitu besar jasa mereka kerana kita dapat merasai nikmat islam pada masa kini...Semoga kita menjadi pemuda sepertimana pemuda-pemuda di zaman Rasulullah. 

Alhamdulillah..ini nukilan pertama saya sebagai ahli blogger...semoga bermanfaat kepada anda semua...amin...sekian..assalamualaikum..:)